Tuesday, February 18, 2014

Apa itu 'Blocked Qi Release Technique'?

Ini adalah rakaman video sesi yang saya hadir pada tahun lepas yang telah menghilangkan sakit leher yang mengganggu hidup saya selama 1 tahun. Selepas sesi ini saya sudah tak pernah mengalami sakit leher ini lagi.

Alhamdulillah selepas terbukti keberkesanan ke atas diri saya, saya terus belajar dan berjaya membantu berpuluh-puluh orang yang mempunyai pelbagai jenis sakit-sakit badan dan masalah kesihatan.

Buat masa sekarang, saya merupakan satu-satunya orang melayu di Malaysia yang menguasai teknik ini. Jadi saya nak mengajak lebih ramai orang melayu untuk menguasai ilmu yang amat istimewa ini supaya lebih ramai orang boleh dapat manfaat.

Buat julung-julung kalinya kami akan mengadakan Kelas Pengenalan 'Blocked Qi Release Technique' ini dalam BAHASA MELAYU secara PERCUMA yang akan diadakan pada:

Ahad, 23 Februari 2014 (10pagi - 12 tgh hari).

Tempat: Wellness Concept Conference Hall
A-3-5, Block Alamanda, 10 Boulevard,
Lebuhraya Sprint PJU 6A, 47400 PJ
(Search for wellness concept in google map)

Tempat kosong hanya ada sebanyak 10 tempat sahaja lagi.

SMS/whatsapp kepada saya dengan segera sebelum hari Jumaat jam 5 ptg dengan maklumat berikut:

<Nama> <HP> <email> <no of pax>

Tempat amat terhad. Hanya 10 sahaja lagi tinggal. Hubungi saya segera.


Video of this technique

Saturday, February 15, 2014

Self healing

Badan kita mempunyai kemampuan untuk melakukan 'self-healing'. Kalau kita tergigit lidah, tak perlu makan apa-apa ubat pun luka itu akan pulih sendiri. Sebenarnya apa-apa sakit dalam badan boleh pulih dengan sendiri tanpa perlu apa-apa ubat.

Walau bagaimana pun, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan badan kita tak mampu menjalankan fungsi ini menyebabkan kita menderita pelbagai jenis sakit seperti sakit bahu, belakang, migrain, kaki, alergi, rambut gugur, kanser dan macam-macam lagi.

Apa yang saya buat kepada berpuluh-puluh orang yang telah saya bantu hilangkan atau kurangkan sakit mereka adalah dengan mengenalpasti halangan yang membuatkan kegagalan fungsi badan untuk melakukan 'self-healing' menggunakan teknik yang amat mudah tetapi sangat-sangat berkesan.

Saya nak berkongsi kemahiran ini kepada lebih ramai orang sebab saya seorang tak mampu nak membantu begitu ramai orang yang sakit di luar sana.

Saya nak jemput anda hadir ke Kelas Pengenalan 'Blocked Qi Release Technique' yang diadakan dengan PERCUMA sahaja. Sekiranya anda ada sakit-sakit badan atau apa-apa sahaja masalah kesihatan atau mempunyai kenalan yang mempunyai masalah kesihatan anda pasti mahu hadir ke kelas ini.

Tarikh & masa:
1. Rabu 19 Feb, 8pm - 10am (English Session)
2. Sabtu 22 Feb, 2pm - 4pm (English Session)
3. Ahad 23 February, jam 10 pagi - 1 petang. (Malay Session)

Tempat: Wellness Concept ( M ) Sdn Bhd,
A-3-5, Block Alamanda, 10 Boulevard, PJU 6A, 47400 Petaling Jaya.
(search for wellness centre in google map)

Tempat terhad kepada 30 orang sahaja.

Kepada yang berminat untuk hadir sila mengesahkan kehadiran anda dengan INBOX/SMS/Whatsapp maklumat seperti berikut:

<NAMA> <HP no> <email> <Sesi 1/2/3> <no. of pax> hantar ke 012-4085724.

Saturday, February 1, 2014

Sakit pinggang 2 tahun hilang dalam 10 minit

Semalam ada kenalan call saya cakap dia ada sakit pinggang yang sangat teruk sampai kena solat duduk. Kawan saya bagi tau dia dah rasa sakit pinggang ni dah 2 tahun cuma semalam rasa sangat2 teruk sampai dia tak boleh tahan. 

Bila saya check confirm ada 'blocked qi' yang menjadi punca kepada sakit pinggang tu. Ada 2 'blocked qi' disebabkan oleh insiden yang berlaku beberapa tahun sebelum tu. The emotions that contributed to the blocked qi are despair & sorrow.

Alhamdulillah berjaya released the blocked qi dalam masa kurang 10 minit. Lepas tu terus call kawan saya terkejut dia sakit pinggang yang dia rasa sangat2 teruk tu terus hilang. Seronok bila dia cakap dia dah boleh solat seperti biasa.

Alhamdulillah seronok sangat dapat bantu gembirakan orang dengan menghilangkan sakit-sakit dan masalah-masalah yang diorang dah tanggung bertahun-tahun tanpa jalan penyelesaian.

Allah yang menyembuhkan, "La tataharoku zaratun, Ila biiznih” tidak bergerak sebesar zarah sekalipun, tanpa izin Allah. Segala puji hanya bagi Allah.